2720 vs 5413 (cat vs lion cub)
Seorang sahabat yang hanya mampu melihat di kaca television dan updates di facebook
"serangan Israel di Tebing Gaza dan kemusnahan yang bermaharajalela, para syuhada menjadi mangsa pada kejamnya serangan mereka"
-sampaikan doa buat mereka.
P/s: Untuk kamu, jika kau masih ingat butir perbualan kita dulu, yang masih mengejar cita untuk redhaNya.
Saat mata meniti setiap gambar mangsa serangan di Gaza rasa berat menatap hakikat kejamnya tindakan mereka.
Mereka kekurangan bekalan ubatan dan jumlah mangsa kian bertambah. Tenaga doktor juga sangat diperlukan.
Rasa terpanggil untuk memberi bantuan..
Teringat akan cita-citamu yang tulus dalam menimba ilmu kedoktoran bagi yang memerlukan.
Jatuh dan bangun itu sudah lali dan berita sedih dulu harus kau ke tepikan.masih mengikuti perkembanganmu dari kejauhan, moga tabah menempuh dugaan demi cita suci ini..
Untuk bangkit membantu mereka di sana satu masa nanti. Semangat itu harus membara..
Kerana dirimu yang ku kenal dulu tak betah akan kegagalan, dalam mengejar citamu.Semoga niat suci itu dipermudahkan.. amin
~Belajar memahami erti kesibukan , cuba tidak menyalahkan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan.
Semoga sihat iman dan amal.
#keep praying for Gaza
- by HANNAH HUMAIRA
No comments:
Post a Comment